Showing posts with label Den punya STYLE.... Show all posts
Showing posts with label Den punya STYLE.... Show all posts

Review : PoBling Pore Sonic Cleanser & Pore Cleanser

on 14 August 2015
Assalamulaikum


Hari tu rasa badmood sangat. Tension lain macam. So aku tak bercakap sangat satu hari and bukak laptop. Aku baca blog perempuan2 comel and then jealous sorang, " weyh kulit korang tak boleh flawless lagi ke ?? ". 

So aku pun melayari sesawang LAZADA. Note to future- self, never ever ever surf an online shopping website when badmood/ angry . Bengong nya, aku beli la 2 benda ni setelah baca some good reviews:-


-PoBling Pore Sonic Cleanser- 


Came with this packaging:-


And, titew pun beli ni jugak:-


- Spot Cleaner Black Head Blemish Pore Cleanser Blue Face Care Nose Clean- 
( amboiii panjang nama ) 

Kenapa beli ek 2 benda ni ? Sebab nak kulit flawless, giteww. Dok eh, aku menghadapi masalah white & blackhead yang agak banyak. Sure, everyone has it. Tapi aku punya white head ni cam banyak sangat tau. Bila aku study kt Bandung, white aku kurang, maybe sebab cuaca situ dingin2 bangat. Tapi kat Shah Alam, memang naik white/ blackheads aku. My pores lak, such huge pores  (T___T ) .

Yang first item, yang tu macam facial cleanser lak. Si PoBling ni tengah trending kat Korea and aku baca review, this type of sonic cleanser cleanse your face better than your fingers, thus wash away all dirt and lessen the pores's size. Tu yang terpengaruh tu. Betul la kan, kalau better cleansing, benda2 kotor takde la terperangkap dalam pori2, so kurang la blackheads kan ? Kan ? Kan ?

Second item lak, pfffftttttt, sila ketuk kepala aku dengan helmet. Bodo, membazir siot. Hahahahaha. Benda alah tu macam mini vacuum, to suck dirts from your pores, hence its name, Pore Cleanser. Tapi alahaiiiiiiii, power lagi hidung kau sedut hingus time selsema bang oiiii. Such weak suction power. So, DONT BUY IT. It doesn't do much but sucks the money out of your wallet.  Aku tekan2 si vacuum tu, macam tu jugak la whiteheads aku. Maintain terletak seperti kerudung dispray starch solution. :-


- All hail white heads. Yuckiesssss - 
X kena sedut pun, maintain je diorang berkhemah tepi hidung aku tu - 


- Ni rupa nozzle benda alah ni -

Then, aku baca la satu review ni. Untuk beza kan PoBling original and tiruan, mestilah ada nombor siri kat bawah or on it's surface of that PoBling, lyke dizzz:-


- Haruslah ada no siri kalau original- 
( taken from Google )

So aku pun check & check:-



- Takde no siri/ code la bhaiiii.
Tiruan ke bhaiiii ??-


Sobs
sobs

Sobsssssssss

Seriously sofia, jangan la anda bershopping ketika moody atau marah. Tengok, barang2 ni takde berkat. Cam bodo je, hahahah. Melayang duit mak aku ( masih student uhuk uhuks ) . 

So, sila berhati2 ketika shopping online okie? Selamat duit dan juga badan. Paling penting bila marah, bawak2 bersabar dan tengok la anime favourite anda daripada Lazada, hehe.



Tu je, Papai. 




Wassalam








p/s : sempat gak guna PoBling tiruan, 
actually even tiruan pun hasil nya agak memuaskan. 
Rasa lagi bersih. 
Peace. Out





Wardah Lipstick tick tick tick

on 16 May 2015
Assalamulaikum

Adakah anda mempunyai keluarga yang besar dan mempunyai auntie2 yang pelbagai selera dan kerenah ? Mereka juga mempunyai telepati kerana time korang nak balik cuti sem je, tiba2 whatsapp sibuk dengan pelbagai kiriman kain bandung & much2 more. Muahahaha

Aku ada 9 auntie. Ada yang kirim pisang salai, keropok cheese, korean paste ( dont ask), kain batik, kain pasang, kain songket, minyak aromaterapi, kerudung2 dan mukena yang pelbagai warna dan corak. Asal nak balik Malaysia je aku kopak. Haha, aku tak kisah pun sebab time aku kecik2 diorang jugak la yang suap aku biskut  coklat TORA. Seronok jugak shopping untuk orang, tapi bila part tahap specific diorang yang aku dah pening .

Case 1: Nak warna kuning mustard, ada sulam2 dengan manik2 sikit. Kain songket emerald green
Case 2: Nak tdung bawal, cotton, warna purple tapi bunga kuning
Case 3 : Beg kulit tapi tali pendek
Case 4: Kain batik lebar with max price of rm25 kalau bole
Case 5 : Nak tudung jenis yang x payah iron tapi matching semua baju
Case 6 : Nak album compilation 2PM
Case 7 : Nak jersey Bayern Munich

and so and so ........ (-_____-)

Kawan aku seorang ni, ada hari tu sampai habis minimum RM 1K sebab beli kain2 untuk sedara mara dan rakan2. Siapa yang buat business memang untung at least 2x ganda. Ramai ITB alumni juga masih datang ke bandung sebab mereka ada business kain sendiri selain tempah lace untuk nikah. Asal aku promote Bandung ni ? Iyyy aku nak blah tau tak. Hahaha.

Disambungkan cerita, kali ini kiriman bonda tercinta untuk kakak2 dan adik2 ipar  adalah lipstick WARDAH. Wardah is a local cosmetic product yang sangat famous bak hang. Anda kenal Dian Pelangi ? Dia ambassador Wardah . Anda kenal siapa kan pencipta Wardah ? Aku pun tak, LOL. Aku just tau pencipta Wardah adalah alumni ITB jugak. Salute to u madam !

-Dian Pelangi -

-Dian Pelangi memakai Wardah, taken from her insta -


Selepas exam biotech tadi, aku and Qistina pergi ke Ciwalk jalan cihampelas untuk berpoya beparti menghabiskan duit tapi untuk auntie2 tercinta di Malysia. This is what i bought today:-


- Facial wash and Lipstick-
-Hang nampak dok belakang tu ? Dian jeng jeng jeng-


- Colour yang dibeli adalah colour2 yang biasa dipakai middle age women, LOL
Tapi yang no 3 tu aku beli pinkish kerana mungkin auntie aku bakal menghadapi midlife crisis tidak lama lagi , just in case- 


- And, this wasn't bought just now, dah lama dah beli,
and it is mine !! My Wardah lipstick palette yo dawg-

Testimoni ( gituuuu...hey haruslah ) : Yang aku beli ni jenis matte, so bagi aku colour dia agak pigmented which is nice, tahan lama, melembapkan bibir and senang ditanggalkan menggunakan wet tissue. Bau dia macam bau vanilla i guess ? 9.95 /10 recommend to buy this. X silap time aku beli RM 40 ++. Owh yeah, the price is sangat affordable. 

Aku tidak rajin berselfie, tidak pandai membuat muka cute ( emang nya muka mu jelek ?? ) malah tidak ada ilmu photoshopped , tapi here is some pictures of my friends and me with wardah lipstick on :-





- Nampak tak ? Kalau tak, alamat nya pendek umur-

Harap2 auntie2 aku suka ka kat lipstick2 ni
Ponek aku naik angkut 2 kali tau dok 


Aku tak jual, saje pok pek pasal wardah because:
 1) aku boring   2) saje nak update blog    3) aku suka tengok warna2 lipstick ni    
4) aku suka wardah    5) coz its famous among Malaysians here i guess.......krik krik krik

Dah, tu je. Hehe. 

Papai

Wassalam




Temporary insecureness

on 17 December 2013
salam

Rasa tiba2 insecure bila orang x suka style or our sense of fashion. Rasa cam sentap bila kita amek baju & tunjuk kat kawan n she/he said " sofia plishhhh cam sakai & nampak cheap " " Baju tiduurrr la sofia"...

OK, mula2 cam persoalkan " aku btul ke takde taste ? "

Then i thought again, know what, everyone should wear what they feel comfortable with. I am simple & alway be. & i am very comfortable with the way i dress. Lain orang lain taste kan ? So, back off. 

I AM ME . =)



 -Lab Botany-


-Danny's befday -

till then...