2016: Year of Glory and Gore ( Part I )

on 08 December 2016
Assalamualaikum

Watashiwa sangat free menternak lemak sekarang. Watashiwa jugak sedang retake lesen mmandu sebab lupa renew lesen. Jadi, sebab nak masuk tahun 2017 and jugak sebab aku lgsung tak update apa2 spanjang tahun 2016, i decided to write some highlight that took place this year.

Bismillah....

Menjadi student ITB merubah segalanya. Dari perangai, pegangan, karakter & tujuan hidup . Aku manjadi agresif, negatif  dan depressive. Yang bagusnya salah satu perubahan aku adalah aku decided nak jadi INDUSTRIAL PHARMACISTS lol. Siapa sangka ? Semuanya sebab FYP  & final year. 

Final years punya subjek pertama kalinya sangat menarik & masuk kepala aku. Selama 2 tahun aku study ITB, aku tak tipu aku rasa 30% je ilmu masuk kepala weyh. Aku cam tak paham  apa benda langsung, nangis2 nak quit bagai. Tapi final years punya menarik sampai pointer aku naik. Kan orang dah cakap, kalau kita minat something, segalanya akan menjadi.  FYP aku pulak, sangat susah. Kat sini semuanya kau kena carik & prepare sendiri. Hydrochloric acid, gingerol standard, ethanol 99.5% dan lain2 nya, kau sendiri kena contact supplier dan beli. Kau nak buat mikroskopic test? Carik sendiri rujukan & glycerin carik sendiri. Kau nak prepare std solution 50ppm? Kau cari sindri micropippette. Kau nak concentrated kan extract kau ? Beli sendiri evaporating dish.  Kau nak test sample? Beli sendiri TLC plate. Pokai ko tau, aku habis RM1k++ okayh.

Super duper independent. Result kau mereng ? Jangan harap supervisor nak tengok mana salah.  Sendiri carik reason dia. Pandai2 la kau. Oven 500C tu dah penuh? Pandai2 la kau rebut. Kesimpulanya, KEPAYAHAN MMBUAT FYP tu membuat aku super berdikari mencari ilmu2, dan ilmu2 tersebut menyebabkan AKU SANGAT PAHAM INDUSTRI & TADAAA, AKU MINAT TERUSSS !!! 

Rahsia Allah der, kau takkan paham. Aku yang meraung menangis nak quit ITB finally decided nak masuk industri yang dulu sangat merentap jiwa dowh. Ni la FYP aku :- 


Ni la sample i. Baby i. Sayang nak mamp. Dah habis je study, aku seludup semua balik malaysia, jangan harap aku bagi orang lain, aku yang prepare okaaayyy.


My pwecioussss


And this is my ultimate darling, SFE. 

Aku adalah student degree pertama yang handle machine ( sebelum ni student Master je). And dia dtempatkan di lab student PhD. Sebagai org pertama, aku agak terkontang-kanting handle benda ni, kena marah dgn assistant sebab aku mmg tak tahu camne nak operate. Gi library pun takde sangat info. So, aku belajar sendiri. Honestly, aku sangat proud bila dah mahir sampai budak Master yang lain carik aku mintak ajar guna. Aku sangat hepi supervisor & assist, supervisor bagi kepercayaan handle machine ni even lab scale je. Tuhan je tahu pernah aku lari kat tangga nangis2 sebab aku tak larat dah handle benda ni, dengan condition yang susah nak precise, lagi berat nak mamp lak penutup dia tu, dengan oleoresin yang payah nak keluar dari extractor.


Selepas Seminar = FYP presentation

Lepas seminar, 3 hari aku pengsan sebab terlampau exhausted.Good times baby


Ni adalah selepas Sidang = Oral exam
Balik je enjoy makan RM30 punya seafood palette. Good times baby.

Sidang ni macam the last stage untuk graduate. Lepas all mata pelajaran kau lulus, next step ialah seminar then finally, sidang. Lulus je sidang, officially kau dah habis tamat belajar di ITB. Dalam sidang, kau akan disoalan dari apa yang kau belaja selama di ITB dari 4 departments, selama 40 minit. Its an experience of a lifetime dude. Aku exam kul 10.30pagi, result umum pukul 5.30 petang. Semua students berkumpul and dean akan umumkan result sorang2.

Saat je pak diky panggil aku, "Aya Sofia?'', aku bangun, then pak diky "LULUS'. Aku senyum then aku urut dada. Yang paling drama bila qis punya result yg kena umum. Pak diky cakap dia lulus je, meraung dia kat situ hahaha. Sebab qis punya soalan sangat2 susah. Dia keluar je bilik sidang tu pukul 4.30, dia tak habis meraung menangis sampai la result dia. Lepas je aku tau semua geng2 aku lulus sama-sama, baru aku nangis. Ngeh3. Terharu beb segala penat lelah aku akhirnya berbaloi dan aku lulus bersama2 kawan susah senang aku. Macam filem dowh. Where's my Oscar? Hahaha.


My journal akan dipublish. Carik la kalo dapat hahahah



And finally............



...............Aku grad..............



Bachelor of Pharmacy, finally

Industrial Pharmacists =)







to be continued......

Wassalam




1 side effects ?:

Post a Comment